Sakit lutut

Kepala Lutut Terkeluar? Ini 7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Sayangkan Lutut Anda

10:00

Kepala lutut anda tiba-tiba terkeluar?

Mesti ngeri apabila selepas terjatuh, anda tiba-tiba perasan lutut anda membengkak macam gambar di bawah.
tempurung lutut terkeluar
Haaaa, jangan terkejut. Ini la yang terjadi pada En Suami 16 September 2017 lepas.

Alkisahnya, dia ter"off-balance" masa dukung anak kedua dan bongsu kami serentak. Lepas jatuh,tengok-tengok lutut dah besar.
kepala lutut terkeluar
Apa Fungsi Tempurung Lutut? 
Tempurung lutut menghubungkan otot di depan paha ke betis (tibia). Apabila membengkok atau meluruskan kaki, tempurung lutut ditarik ke atas atau ke bawah. 

Tempurung lutut (patella) berada dalam kedudukan normal dengan distabilkan oleh beberapa kombinasi tisu penyambung (ligamen) dan otot-otot.

Selagi tempurung lutut (patella) kekal dalam alur di lutut, anda boleh berjalan, berlari, duduk, berdiri dan bergerak dengan mudah.

Kepala Lutut Terkeluar?
Tamparan atau hentakan tepat kepada permukaan tempurung lutut, seperti ketika terjatuh, boleh menyebabkan tempurung lutut tergelincir keluar daripada alurnya (patellar dislocation).
tempurung lutut terkeluar
Selalunya, tempurung lutut yang terkeluar daripada alurnya akan kembali ke tempat asalnya secara spontan atau secara manual.

Namun, ia akan menyebabkan berlakunya kerosakan/kecederaan pada tulang atau tulang rawan (cartilage) di sekitar tempurung lutut atau alurnya.

Ia juga akan menyebabkan berlakunya lebam pada lutut atau ia juga mungkin menyebabkan kecederaan yang serius seperti berlaku retakan pada tempurung lutut atau tulang rawan.
tempurung lutut terkeluar

7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Jika Kepala Lutut Terkeluar
(Kredit: ePainAssist)

1. Dapatkan rawatan perubatan secepat mungkin
  • Jika permukaan tempurung lutut terkehel sepenuhnya daripada alur tulang paha, langkah pertama ialah mengembalikan tempurung lutut ke tempat betul. 
  • Kadangkala, tempurung lutut yang tergelincir boleh masuk kembali ke kedudukan asalnya secara spontan.
  • Jika tempurung lutut masih terkehel, doktor akan menolaknya secara perlahan kembali di tempatnya.
2. Rehat
  • Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan kecederaan sedia ada dan kurangkan pergerakan yang boleh menimbulkan kesakitan
3. Gunakan pek ais atau "hot pad" pada kawasan yang bengkak
  • Sakit dan bengkak akan berkurangan akan berkurangan jika pek ais diletakkan selama 15-20 minit bagi setiap sesi untuk 2 hari pertama
  • Selepas 2-3 hari, iaitu apabila sakit dan bengkak sudah berkurangan, anda boleh menggunakan "hot pad" pada bahagian otot yang tegang selama 20 minit bagi setiap sesi
4. Makan ubat (jika perlu)
  • Bergantung kepada tahap kecederaan anda, doktor yang merawat akan memberikan ubat bagi membantu mengurangkan kesakitan. 
  • Makan mengikut arahan yang telah diberikan dan jangan melebihi dos yang dibenarkan
5. Lakukan senaman ringan bagi menguatkan otot (dengan kebenaran doktor)
  • Dapatkan rawatan fisioterapi oleh "physiotherapist" yang berkelayakan bagi menguatkan otot anda. 
6. Pendakap lutut boleh digunakan bagi mengurangkan pergerakan pada kepala lutut anda
7. Ambil suplemen yang bersesuaian bagi membantu penyembuhan
  • Vivix : kandungan antioksidan yang tinggi daripada gabungan resveratrol dan polifenol membantu mengurangkan bengkak pada lutut yang tercedera
  • Ostematrix : mengandungi gabungan kalsium, vitamin D serta magnesium yang membantu menguatkan tulang serta mengelakkan tulang rapuh
  • Collagen Powder : Kolagen bertindak seperti “gam” yang mengikat tubuh anda dan ia ditemui dalam otot, tulang dan tendon. Kolagen membantu menguatkan rawan serta membekalkan kolagen yang mencukupi bagi proses penyembuhan otot yang tercedera
  • OmegaGuard : Mengandungi minyak ikan berkepekatan tinggi yang tinggi kandungan Omega3 yang membantu mengurangkan bengkak

TESTIMONI PENGGUNA YANG MENGAMALKAN SET TULANG PATAH/RETAK SHAKLEE

Ayuh, jika anda ingin meningkatkan kesembuhan tulang anda ke tahap yang lebih baik dan mahu berikhtiar pula dengan set vitamin yang saya terangkan di atas, anda ada 2 pilihan.

Pilihan #1:


PILIHAN #2 :

KELEBIHAN MENJADI AHLI

Shaklee Distributor & Bussiness Leader
Founder Team #DIVA
No ID: 868991 

You Might Also Like

0 respon

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Popular Posts