Setahun lebih Abah terbaring. Namun, setelah amalkan beberapa perkara, abah yang sudah setahun terlantar selepas pembedahan psoas abscess, kini dah mampu berjalan.
Semuanya berlaku sangat pantas. Pagi tu terima panggilan daripada kakak yang bagitau abah mengadu sakit dekat pinggang dan tak boleh nak bangun. Kelam kabut drive ke rumah di Kampung Jana dan bila masuk je ke dalam rumah, nampak abah sedang terbaring atas katil di dalam bilik. Kami adik beradik cuba nak gerakkan abah, tapi walaupun sedikit pergerakan pun, abah akan mengaduh sakit yang teramat sangat.
Memang sangat cuak. Ye la, abah yang memang dikenali sebagai seorang yang aktif, tiba-tiba terlantar dan mengaduh kesakitan tanpa sebab. Mahu tak mahu, terpaksa minta bantuan sahabat untuk cucuk ubat tahan sakit. Alhamdulillah, selepas cucuk, sakit abah reda sikit dan abah terus terlena lepas minum air (kakak bagitau abah langsung tak boleh tidur malam sebelumnya). Jenuh kami adik beradik fikir apa penyebab semua ni berlaku tapi sampai sudah tak dapat cari puncanya.
Selepas beberapa hari, keadaan abah masih tiada perubahan. Jika kami gerakkan abah, memang abah akan jerit sebab sakit. Kawan-kawan abah dah mula datang ziarah abah kat rumah. Ye la, abah memang tak pernah tinggal untuk berjemaah kat masjid dan ke kuliah di surau. Dan kawan-kawannya tahu kalau Cikgu Nordin tak ke masjid, mesti sebab gout. Tapi lepas seminggu abah masih tak kelihatan, dan semua kawan-kawan abah dah mula tertanya-tanya.
Macam-macam usaha dah kami lakukan. Urut, bekam, fisioterapi, terapi guasa semuanya kami panggil datang ke rumah. Mulanya kami ingat sebab sakit urat. Ye la, gerak sikit je, mesti jerit sakit. Jadi kami cari dan buat semua option yang ada. Dan untuk elakkan abah jerit, sahabat saya akan datang untuk cucuk ubat tahan sakit supaya abah dapat jalani semua tu.
2 minggu berlalu, tapi keadaan abah masih tiada perubahan. Yang merisaukan bila abah akan makan painkiller je untuk tahan sakit yang terjadi setiap kali bergerak. Tapi bila memikirkan effect pada buah pinggang, memang kami sangat risau.
Keputusan ke Hospital
Jadi satu hari tu, kami adik beradik pujuk abah gi hospital. Ye la, takkan nak biar je sepanjang masa? Macam-macam cara kami pujuk. Tapi abah terdiam bila kitorang cakap “ Abah mesti nak pegi masjid balik kan?Takkan nak terbaring je?”.
So keputusan tercapai dan abah setuju. Sebab abah memang tak dapat duduk, terus cari ambulans swasta dan Alhamdulillah, waktu tu St John nyer ambulans memang available. So kitorang set masa dan terus siap-siap barang abah untuk ke hospital. Bawak sekali result darah abah yang lama (abah pernah admit sebab cholelithiasis) supaya dapat buat comparison. Mana nak tau bole membantu.
Ketibaan Di Hospital Taiping
Sampai kat Kecemasan Hospital Taiping, memang abah dibawa ke Yellow Zone untuk pemantauan. Waktu ni, siap dapat online consultation daripada sahabat-sahabat dan adik sepupu. Darah kena ambil, kena interview ngan HO dan MO. Pastu dimaklumkan MO plan untuk buat Xray ngan CT Scan (kot?). Sebab abah masih sakit, dorang cucuk abah ngan Tramadol dan selepas tu, memang abah lalok dan tido.
Masa berlalu, tapi nothing happens. Heran gak. Abah siap dah panggil masuk dan cakap nak balik sebab dah tak larat nak tunggu. Terus gi Kaunter dan jumpa doktor. Rupa-rupanya Unit Kecemasan masih tunggu panggilan daripada unit Xray. Dorang bagitau, hari tu ramai betul pesakit dan tengah tunggu queue untuk dipanggil. Cerita kata abah, dan abah mintak nak balik je. Cepat-cepat keluar dan bincang dengan adik beradik. Rasanya kalau balik rumah, mesti abah dah tak nak datang. Masa jumpa doktor tadi, abah delay masuk wad sebab nak tunggu buat scan je. Siap tanya boleh tak kalo bawak abah ke hospital swasta, buat scan kat sana dan admit balik ke hospital. Ni just untuk cepatkan prosedur je la n doktor tu cakap xde masalah.
Lepas semua setuju, call hospital swasta tu dan request hantar ambulans. Lepas setengah jam, ambulans sampai dan bermulalah episod abah di hospital swasta pulak.
Insiden di Hospital Swasta 1
Sampai ke Hospital swasta tu, semuanya in order. Biasa la, nama pun swasta, semuanya cepat. Siap masuk ubat tahan sakit, scan bagai semua dan akhirnya abah admit dalam wad. Dan macam biasa, kena la dok satu malam.
Esoknya gi keje macam biasa. Plan nak gi tengok abah mase lunch untuk discuss dengan doktor pasal treatment abah. Tapi dalam pukul 10.30 pagi, kakak saya call dan mintak datang A.S.A.P. Heran gak nape. Cepat-cepat call bos, mintak kawan ganti n terus ke hospital swasta tu.
Masuk ke wad, tengok muka abah dah tension. Abah terang-terang cakap dia tak suka doktor tu. Macam-macam cerita abah bagitau. Nak jadi cerita, doktor ni pun masuk dan dialog ni pun berlaku:
Doktor : So this is your father?
Aku : yes, why doctor?
Doktor : I dah review your father. Kenapa you hantar dia lambat sangat? Now you tell me what you want me to do? If you ask me, I will remove his kidney sebab dah totally blocked.
Muka abah memang dah terus berubah. Waktu tu start la macam-macam argument. Aku tak kisah sangat dengan apa dia nak buat. Tapi kenapa nak cakap dengan cara yang sangat berlagak?
So aku start mempersoalkan decision dia. Simptom langsung tak sama dengan finding. Buah pinggang kiri memang ada batu karang besar. Tapi abah sakit belah kanan. Pastu urine flow takde masalah. So kenapa nak kena buang buah pinggang pulak.
Lepas gaduh macam-macam, tiba-tiba dia tanya “U kerja apa?”.
Then dengan nada keras “I’m a pharmacist in Hospital Taiping. Now you tell me, what is your justification to remove my father’s left kidney when you already knew he has pain on his right side? If you can’t justify, discharge my father now and refer him to Hospital Taiping. I will sign the AOR (At-Own-Risk) form. Because we don’t see any need for us to keep on paying you for a procedure that we doubt will settle our father’s problem.”
Dan yang pastinya, muka mase enforcement kembali.Hahahaha..(Untuk pengetahuan, aku pun tak sedar pasal muka ni. Tapi arwah mak yang perasan. Dan ini salah satu sebab aku keluar dari enforcement 6 tahun yang lalu sebab mak cakap mak tak suka raut wajah aku macam tu)..Dan doktor tu terus blah.. (maaf pada sahabat-sahabat doktor, tapi cara dia cakap sangat x profesional. Aku dah kenal ramai doktor dari level HO,MO, specialist, consultant, HOD semua. Tapi perangai doktor ni memang unacceptable. Bayangkan family yang tak ade medical background, macam mana la rasanya)
Petang tu ambil off untuk uruskan abah untuk discharge. Dari lunch sampai petang, tak setel-setel lagi..Berulang kali ke kaunter nurse dan tanye status discharge abah dan jawapan adalah “Doktor tak setelkan lagi”. Sampai pukul 4, masih takde berita. Lama kot nak tunggu. Last2 gi kat kaunter nurse dan ckp kat nurse “Nurse, tolong call Doktor tu sekarang. Tell him to come and see me now. Kami dah tunggu dari tengah hari lagi”
Menjelang pukul 5, tiba-tiba nurse masuk dan bagitau semua dah selesai. Nasib la nurse sangat memahami. Banyak sangat membantu. Bila tanye mana doktor tu, nurse bagitau doktor tu dah datang, tulis surat referral dan balik. Malas cakap banyak, terus uruskan call ambulans untuk hantar abah ke Hospital Taiping.
Kembali Ke Hospital Taiping
Sampai ke hospital, prosedur mudah sikit sebab semua test dah buat. Admit ke dalam wad dan specialist datang jumpa. Tapi masih pening sebab finding tak sama dengan symptom. Akhirnya dorang buat keputusan, untuk refer ke Hospital Pulau Pinang. Masalahnya, appointment lagi sebulan!!!
Adeh, pening kot. Bukan pening nak jaga. Tapi teringat abah kena tahan sakit lagi sebulan. 30 hari kot. Maksudnya lagi 30 hari abah kena makan ubat tahan sakit. Kesian sangat-sangat. Tapi kami still bawak balik gak.
Then seorang sahabat share cerita pasal experience ayah dia sebelum ni. Dia suggest supaya hantar ke Hospital Pakar KPJ Ipoh dan jumpa seorang consultant urology dengan nama Dr Ding Chek Lang. So kitorang buat research sikit dan lepas bincang adik beradik dan Abah, kitorg setuju untuk refer Abah ke sana.
Berkampung Di KPJ Ipoh
Lepas buat appointment, terus set tarikh dan booking ambulans. Dan apabila hari itu tiba, pagi tu semua bertolak ke KPJ Ipoh dengan abah dok dalam ambulans. Sampai kat hospital, terus admit ke dalam wad. Ingat bawak abah sebagai outpatient je. Tapi sebab abah tak larat nak duduk, so terpaksa jugak la admit. Dan abah kena undergo beberapa scan lagi. Lama jugak la kami semua menunggu. Dan petang tu, mase tengah tunggu abah selesai scan, tiba-tiba seorang doktor datang, perkenalkan diri sebagai Dr Ding dan duduk antara aku dan kakak aku.
“To keep it short, saya dah buat scan sekali lagi sebab your father’s symptom doesn’t match his finding. So we did MRI and managed to detect a condition called Psoas Abscess”.
Psoas Abscess
Sudah, abscess atau nanah la pulak. 2 hospital yang kami gi dok cakap pasal batu karang. Siap ada doktor siap nak buang buah pinggang abah lagi.
“Then how about his kidney stone?”
“It has been there for donkey years. Despite that, your father still can urinate. So just leave it there la.”
Hahaha..lawak tul doktor ni. Dan cara dia cakap, memang sangat meyakinkan. Tapi syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan abah. Setelah melalui pelbagai pengalaman admission sebelum ini, kami akhirnya dapat info yang tepat kenapa abah sakit. Then kami tanya macam mana dengan treatment plan? Doktor tu suggest untuk buat minor operation utk sedut nanah tu semua dan akan pasang tube untuk drain baki-baki nanah tu. Malam tu kami adik beradik bersidang lagi dan setuju untuk buat operation tu. Sebelum tu, memang dah tanya abah dan abah setuju je. Abah nampak sedikit lega sebab akhirnya dah tau apa punca dia sakit.
Drainage untuk buang abscess
Abah sebelum pembedahan
Esoknya abah dijadualkan untuk operation. Memang kami adik beradik dah start berkampung kat situ. Alhamdulillah, operation tu berjaya. Memang sangat lega. So bermula hari tu, kami berulang Ipoh-Taiping setiap hari..Bergilir-gilir jaga abah..Tapi masih gak perasan, Abah masih cakap sakit kat pinggang. Abah memang nampak sangat tak aktif. Maybe sebab dah 3 minggu tak bergerak kot. Malah masa dalam wad, blood profile abah tak begitu memberangsangkan. Siap dapat Kabiven dan albumin lagi..
Abah selepas pembedahan di KPJ Ipoh
Abah dibenarkan Discaj. Alhamdulillah
Selepas seminggu, abah dibenarkan discaj. Doktor tu siap pesan supaya abah kena buat fisioterapi untuk kuatkan semua otot-otot badan abah.
Discaj dari KPJ Ipoh
Balik ke rumah, kitorang siap belikan katil hospital lagi bagi mudahkan abah untuk duduk dan baring. Itupun sebab jumpa dealer yg boleh hantar pagi-pagi esok..Tukang urut pulak akan datang 2 kali seminggu dan buat bekam gak. Siap panggil orang untuk buat fisioterapi. Walaupun dah buat macam-macam, tapi macam tiada perubahan. Abah masih nampak tak larat. Masih tak mampu untuk bangun. Masa ni, dah start bagi suplemen kalsium dalam bentuk Ostematrix dan B Complex utk sakit belakang dan bagi tenaga. Tapi abah tak compliance sangat. Dan untuk makluman, daripada bulan Oktober 2015 tu sampai abah operate dan discaj (2016), abah masih belum boleh bangun. Memang terbaring sepanjang masa di atas katil.
Abah di rumah
Satu hari ade member suggest seorang tukang urut. Dikatakan bagus. So kami call dan Alhamdulillah dia nak datang. Tapi heran bila dia datang, dia cakap tak boleh lagi nak mula urut sebab urat-urat abah masih bengkak. Yang tu, aku memang boleh accept. Dan tiba-tiba, dia suggest abah makan supplement 1 jenih ni. Macam-macam dia claim. Siap bagitau suruh search kat Google dengan certain keyword untuk buktikan kesahihan claim dia. Dan mungkin abah menaruh sedikit harapan, abah pun beli. Takpe la, bagi abah cuba dulu. Tapi memang tak sedap hati sebab tak memenuhi spec aku. Tiada No Pendaftaran KKM, hologram Meditag dan semua maklumat kandungan dan maklumat pengilang pun takde. Label pun print biasa je. Nak buat camne, aku pharmacist kot..hehehe
Tapi sebab dah beli, pejam sebelah mata la. Sekadar untuk sedapkan hati abah. Dan setiap kali pergi tengok abah, memang akan interview macam-macam untuk dapatkan maklumat kesihatan abah.
Vivix untuk Kali Pertama
Abah makan "Produk A1" untuk 2 bulan. Tapi lepas 2 bulan, condition abah masih macam tu. Dan dealer tu cakap abah dah ready untuk next produk pulak. So that’s it, time untuk pancung. So panjang lebar explain kata abah untuk yakinkan abah untuk amik supplement lain iaitu Vivix. At least, aku tau semua background Vivix ni dan segala clinical research yang buktikan kebaikan Vivix ni dalam membantu cellular repair. Maaf la, aku tak layan sangat kalau setakat backup dengan testimoni jek. Alhamdulillah, Abah memang tak cakap banyak, setuju jek.
1st time try, memang abah bising. Ye la, Vivix ni dah macam pati. Sangat pekat. Pekat dengan kebaikan la..hehehe…Jenuh jugak la waktu mula-mula start. Kena siap air sirap segelas untuk abah minum.
Jenuh jugak la nak pastikan abah compliance. Tapi nasib la makan 1 sudu kecil sekali sehari je. Senang nak monitor. Alhamdulillah abah continue jugak. Lepas seminggu, semua adik beradik dan sedara mara mula cakap macam-macam. Bukan benda tak baik ye. Semua cakap muka abah dah merah macam dulu. Abah nampak sihat macam takde sakit apa-apa. Cuma abah masih tak kuat nak bangun je. Bila tanya abah, abah pun cakap abah rasa kuat sikit. Alhamdulillah, Vivix diteruskan lagi. Dan selepas 3 minggu, memang nampak banyak sangat improvement. Paling ketara adalah abah dah cukup kuat untuk pusingkan badan masa nak tukar pampers. Kalau dulu, memang kami sangat berhati-hati nak pusingkan abah. Silap sikit, memang abah leh menjerit. Tapi Alhamdulillah, lepas konsisten Vivix, memang sangat mudah.
Sebulan abah konsisten Vivix, saja la sembang-sembang dengan abah. Abah mengaku badan dah rasa kuat. Saje la tanya if nak start fisioterapi dan dengan terkejutnya abah cakap abah nak.
So bermula lah buat research pasal fisioterapi kat Taiping. Pastu baru teringat tentang Amin, seorang staf yang kerja kat kedai Home Care kat Aeon Taiping. Masa beli barang kat situ dulu, memang dia ada promote yang dia buat fisioterapi kat rumah. Sebab macam tak perlu sangat masa tu, simpan je la kad tu. Siap suggest kat kawan lagi untuk fisioterapi ayahnya yang kena mild stroke. Cepat-cepat call kawan yang pernah panggil En Amin ni. Alhamdulillah, feedback memang positif. So kami terus call dia.
Alhamdulillah, tarikh fisoterapi dah set. So bermulalah zaman abah berfisioterapi. 1st day buat, aku sendiri tunggu kat rumah, Just nak monitor dan tengok apa yang Amin ni boleh buat. And from my observation, dia buat sangat tertib. Alhamdulillah, abah cakap abah suka dengan cara Amin ni. Dan proses fisoterapi ni berterusan 3 kali seminggu.
Kesan Positif Vivix terhadap Abah
Panjang dah cerita..jadi apa effect yang Abah peroleh setelah konsisten Vivix dan fisioterapi ni?
- 3-4 hari selepas start amal Vivix, muka abah yang sebelum ni pucat, nampak merah balik dan abah mula bertenaga. Bagi yang tengok abah sejak abah sakit, memang muka abah berubah sangat. Ramai cakap abah macam tak sakit pun. Cuma tak boleh bangun je.
- Abah dah mula request nak makan makanan lain selain roti dan susu. Jangan terkejut kalau abah request nak makan Colonel Burger KFC ye..hehehe.. Cuma 1 je yang masih tak berubah iaitu abah hanya akan makan 6 sudu nasik je. Siap kira k.hehehe..
- Setiap hari, kami akan tukar pampers abah 2 kali sehari. Sebelum Subuh dan sebelum maghrib. Waktu mula-mula dulu, punya la takut nak buat benda ni. Sebab masa nak pusingkan abah, memang akan nampak sangat abah tahan sakit. Memang terpaksa buat berdua sebab nak pastikan masa pusing tu, satu badan akan pusing serentak. Sekarang ni, seorang pun dah boleh buat sebab abah dah cukup kuat untuk gerakkan badannya.
- Hari Raya Haji yang lepas (2016), kami adik beradik tiba-tiba terpikir nak bagi abah bangun. Jenuh jugak pujuk. Abah nampak 50-50 sebenarnya masa tu. Macam-macam alasan abah bagi. Tapi bila dah diyakinkan, abah ikut je. Alasan kitorang “Abah dah lama tak jumpa kawan-kawan abah. Waktu ni la abah nak jumpa kawan2 abah sebab semua orang tengah kumpul kat luar. Sekejap pun jadi la. Kalau tak larat, kitorang bawak abah masuk balik”. Abah terdiam dan akhirnya mengalah jugak. Perlahan-lahan bangunkan dan dudukkan abah atas katil, kemudian pimpin abah duduk atas wheelchair. Ya Allah, masa tu Allah je yang tahu betapa kitorang happy sangat-sangat. Muka abah memang Nampak bersinar-sinar.
- Perlahan-lahan tolak abah ke luar rumah. Berhenti kejap untuk bagi abah nikmati direct cahaya matahari. Something yang dah hampir setahun abah tak dapat nikmati. Dan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, perlahan-lahan tolak Abah ke tempat majilis korban di masjid kat belakang rumah. Satu demi satu muka menoleh bila Nampak Abah. Semua kawan-kawan abah dari Jemaah Masjid Maimun dan Surau Kpg Jana datang jumpa dan salam dengan abah. Dah macam selebriti yang buat special appearance je. Dan yang paling best, abah sendiri yang lafazkan akad bagi bahagian korban abah tahun ni. Kagum kan? Dan bagi seorang yang pada mulanya tak nak keluar rumah, Abah request untuk terus tunggu untuk tengok korban selesai. Kagum tak? Rasanya ada la sejam abah duduk kat luar. Pastu abah request untuk balik ke rumah. Dan sepanjang jalan, Abah senantiasa tersenyum lebar. Senyum puas sebab dapat lakukan sesuatu yang dirasakan mustahil untuk dilakukan setahun yang lalu.
- Sejak hari tu, abah macam dapat suntikan semangat baru. Bayangkan Amin, physiotherapist abah, pernah request untuk kurangkan sesi fisioterapi jadi 2 kali seminggu sebab abah dah makin kuat. Tapi abah cakap tak nak sebab abah taknak ada gap banyak sangat antara sesi. Maybe abah dah Nampak yang abah ada peluang untuk kuatkan badannya.
- Alhamdulillah, berkat konsisten Vivix dan fisioterapi, abah dah makin kuat. Sekarang ni, Abah dah boleh duduk sendiri tanpa bantuan. Kalau perlu pun, sekadar untuk tahan belakang Abah je.
- Seminggu yang lepas, abah setuju untuk dibawa mandi kat dalam bilik air. Bayangkan setahun kot tak mandi. Macam biasa, dudukkan abah atas whellchair dan bawa abah ke bilik air untuk mandi. Abah siap cakap “Lega badan dapat kena air”
- Jumaat (11 November 2016), Amin hantar 1 video yang menunjukkan abah dah mula berjalan dengan bantuan tongkat kaki tiga tu. Waktu tu seronok tak terkata kot :)
- Ahad (13 November 2016), kakak saya bagitau abah dah boleh berjalan keliling katil dan sehingga hari ni, latihan untuk abah masih diteruskan
- Selasa (6 Disember 2016), Abah dah boleh berjalan jauh sedikit sampai ke ruang tamu
Amin beritahu Abah insyaAllah akan mula berjalan sebelum hujung tahun ni. Best2... Lepas ni boleh bawak Abah pergi makan kat kedai ikan sembilang Macik Mah Matang
Yang pasti, ia takkan berakhir di situ sahaja. Abah sekarang dalam proses untuk kembali kuat seperti dahulu. Banyak dah yang kami dah susun untuk Abah. Kami nak spend masa dengan abah macam dulu. Nak bawak abah jalan-jalan etc.
Alhamdulillah, keputusan kami untuk start Vivix sangat berbaloi. Jangan ditanya komponen mana yang membolehkan abah kembali sihat. Tapi yang pasti, kombinasi semua ramuan
dalam Vivix dah banyak bantu abah untuk kembali sihat.
Tahukah Anda Kenapa Saya Pilih Vivix Untuk Abah?
Resveratrol merupakan satu bahan aktif yang terbukti mampu membantu meningkatkan kualiti hidup penggunanya. Namun, resveratrol di dalam Vivix adalah lebih unik kerana diperkaya dengan beberapa polifenol yang dipilih khas yang mampu meningkatkan keberkesanan resveratrol hampir 13 kali ganda dalam menjalankan tugasnya!
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
1. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Bagaimana Resveratrol di Dalam Vivix Bertindak?
1. Meningkatkan proses biogenesis mitokondria
Apabila gula berjaya dibawa masuk ke dalam sel, gula ini akan diproses oleh mitokondria yang berfungsi sebagai "stesen janakuasa tenaga" di dalam sel. Pada masa yang sama, resveratrol membantu meningkatkan bilangan mitokondria melalui biogenesis mitokondria. Ini akhirnya akan meningkatkan jumlah tenaga yang dihasilkan dan menjadikan pengamal Vivix lebih bertenaga.
2. Memperlahankan proses inflamasi/keradangan
Resveratrol, anthocyanin daripada ekstrak Elderberry dan polifenol-polifenol lain di dalam Vivix bertindak sebagai antioksidan yang efektif dalam menghalang pembentukan radikal-radikal bebas.
Radikal bebas adalah punca utama berlakunya kerosakan sel melalui proses inflamasi dan apabila proses ini dapat diperlahankan, kerosakan yang lebih teruk pada paru-paru dapat dihentikan.
3. Melambatkan proses pembentukan protein AGE
Dengan membantu melambatkan penghasilan protein AGE yang terhasil akibat kerosakan sel, pelbagai turutan proses yang membawa kepada penuaan dan penyakit-penyakit kronik termasuklah kerosakan pada struktur paru-paru dapat diperlahankan.
4. Melindungi sel dari kerosakan DNA
Sebarang penghasilan sel adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada DNA. Jika DNA rosak, sel-sel yang terhasil adalah tidak sihat dan tidak dapat menjalankan tugas dengan efektif.
**Cross-Sectional Analysis of Telomere Length in People 33-80 Years of Age: Effects of Dietary Supplementation. Harley CB et al. (2014) 55th Annual Conference, JACN, Vol. 33(5), p414.
Sumber Youtube: Elizabeth Blackburn & The Science Behind Vivix
Apabila DNA berjaya dilindungi daripada rosak, kerosakan yang lebih teruk akan dapat dielakkan dan proses penghasilan sel-sel baru yang sihat akan berjalan dengan lebih lancar.
Mesti susah hati kan bila tengok ayah tak sihat? Saya pernah berada di situasi itu satu masa dulu. Memang nak kerja pun tak tenang. Tidur malam pun tak lena. Tu belum takut nak angkat panggilan telefon.
Ikhtiarlah segera sebelum keadaan lebih melarat.
Ikhtiarlah segera sebelum keadaan lebih melarat.
Jom Order Vivix Shaklee Sekarang
Cara 1 :
Dapatkan Vivix anda dengan klik pada ikon Vivix di bawah, ikuti langkah seterusnya dan pihak Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran menggunakan perkhidmatan kurier GDex atau CityLink.
Energy For Life Set (2 bottles of Vivix) |
Cara 2 :
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi eksklusif tentang set mana yang paling terbaik untuk diri anda, tips serta cara pengambilan yang akan membantu anda mendapat manfaat dan kesan dengan cepat!
Inginkan diskaun sehingga 15% bagi produk-produk Shaklee? Hubungi saya sekarang di nombor di bawah. Saya tunggu panggilan anda :)
Shaklee Distributor & Bussiness Leader
868991